Friday, November 30, 2018

Cara Memupuk Minat Membaca Anak-anak



Sebenarnya untuk pupuk minat membaca mesti kena mula dari kecil lagi. Masa Amani umur dalam setahun lebih saya mulakan dengan membaca sambil bercerita sebelum tidur. Apabila dah jadi habit, dia tak dapat tidur tanpa mendengar cerita. Selepas dia pandai membaca, saya minta dia pula bercerita semasa tidur. Kemudian sentiasa kena membaca walaupun sekejap sebelum tidur.

Saya selalu memberikan hadiah buku-buku dan banyak meluangkan masa menemaninya di kedai buku. Kadang-kadang berjam jam di Borders, MPH atau Popular book stores.

Saya mulakan dari kecil dengan Bahasa Inggeris. Sentiasa hadiahkan buku Bahasa Inggeris dari buku simple sehingga ke novel tebal supaya vocabulary dia bertambah. Apabila Amani mula naik Darjah 1, saya mula tekankan BM dan beli buku-buku BM untuk balance kan BM & BI.

Sekarang bila dah besar saya tukarkan lebih kepada buku-buku berbentuk agama supaya dia faham mengenai agama melalui pembacaan dan bukannya semata-mata dari mulut kita. Kanak-kanak lebih mudah mempercayai apa yang dia baca berbanding kata-kata ibubapa.. Untuk pastikan dia baca, saya minta dia ceritakan kepada saya apa yang dia fahami dari pembacaan.

Semoga kita boleh terapkan budaya membaca kepada anak-anak.. Bukan semata-mata dunia digital yang boleh melekakan. Insyaallah...

No comments:

Post a Comment