Sunday, July 21, 2019

TAKUT BUAT SALES



Bila ramai yang saya jumpa takut nak buat sales, saya tak salahkan mereka, sebab saya dulu pun sama.

Kalau ada kerja bahagian sales, based on commission, memang saya tak nak. Takut tak boleh perform. Takut bila approach orang, orang reject.

Hakikatnya, ramai yang saya jumpa rata rata nya yang berjaya datang dari bidang sales. Ramai yang berjaya, tapi masa sekolah dulu lebih teruk pencapaian akademik dari saya.

Hakikatnya, kena reject itu perkara biasa. Semua benda kita kena lalui rejection tetapi rejection itu bukanlah akan membunuh kita. Rejection membuatkan kita lagi pandai.

Sebab itulah sekarang saya sudah tinggalkan dunia makan gaji. Sebab itulah sekarang saya tak takut menghadapi rejection. Kerana satu perkara iaitu IMPIAN.

Kalau kita inginkan impian kita menjadi kenyataan, kena usaha, kena berkorban, kena cekal. Kejayaan pasti ada didalam genggaman kitaz

Friday, July 12, 2019

SIAPA NAK JAGA KITA BILA KITA DAH TUA?




Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata  'R.E.Z.E.K.I.'
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan serabut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...