Saturday, December 26, 2015

LASIK Surgery di Optimax





Baru-baru ini saya telahpun menjalani eye vision corrective surgery iaitu LASIK di pusat pakar mata Optimax.  Sebelum menjalani pembedahan, mereka memberikan saya tiga pilihan LASIK iaitu:

Pada masa itu mereka mengadakan promosi untuk traditional blade LASIK dengan harga cuma RM4800 sahaja untuk kedua-dua belah mata.  Setelah menjalani pre-LASIK assessment, mereka mendapati mata saya sesuai untuk kesemua prosedur di atas.  Yang pasti harga Femto-LASIK lebih kurang RM8,000 dan ReLEx SMILE lebih kurang RM16,000.  Saya memilih untuk menggunakan prosedur traditional blade LASIK.

Prosedur ini telah dibuat di pusat Optimax Seremban.  Sebelum prosedur itu dibuat, mata saya diperiksa sekali lagi menggunakan komputer.  Bacaan komputer untuk mata sebelah kiri saya mengalami gangguan dan mereka terpaksa membuat bacaan beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang tepat.

Apabila saya masuk ke bilik operasi, saya telahpun dipakaikan dengan baju pesakit.  Pembedahan mata yang pertama berjaya tak sampai satu minit.  Prosedur untuk mata kedua iaitu mata kiri pula dilakukan.  Nasib tidak menyebelahi saya apabila bacaan komputer yang mereka buat tidak tepat dan menyebabkan mata saya dipotong secara salah.  Alhamdulillah tiada kecederaan teruk yang menyebabkan penglihatan saya terjejas.

Namun begitu mata saya terpaksa dipakaikan dengan contact lens bandage selama seminggu. Ini amatlah tidak menyelesakan kerana saya tidak dapat membuka contact lens tersebut selama seminggu, malah penglihatan saya pudar sama sekali.  Tambahan pula, dominant eye saya adalah mata kiri.  Ini menambahkan lagi ketidakselesaan akibat penglihatan yang tidak jelas.

Doktor menyarankan saya untuk menunggu selama sebulan.  Namun begitu, setelah sebulan menunggu, mata saya masih tidak dapat menjalani LASIK semula kerana parutnya agak dalam.  Jadi saya terpaksa menunggu lagi selama 3 bulan.  Doktor mengatakan dia akan membuat prosedure LASEK atau Advanced Surface Ablation (ASA)  untuk mata saya dan bukannya LASIK kerana kecederaan yang telah berlaku.  Well, saya terasa amat kecewa namun saya redha dengan ujian Allah terhadap diri saya.  Syukur alhamdulillah kerana penglihatan saya tidak terjejas dan pulih semula.  Namun bagitu, sehingga sekarang saya masih belum lagi menjalani prosedur LASEK itu.  Saya cuba untuk meminta Doktor menggunakan proses ReLEx-SMILE kerana ianya lebih selamat dan lebih bagus untuk jangka masa panjang.