Thursday, June 30, 2016

Tuesday, June 28, 2016

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DAN KELDAI



Hari ini saya teringatkan kisah Luqman Al-Hakim dan keldai.  Lalu saya mencari penulis blog yang bercerita tentangnya. Kisah ini saya ambil dari blog Harian Hikmah. Namun begitu saya terpaksa menukar tulisan itu kedalam Bahasa Malaysia supaya lebih senang difahami.

Pernahkah anda merasakan berada dalam lingkungan dimana semua orang membicarakan anda, apa yang anda lakukan selalu saja mengundang pandangan negatif....?  Tidak senang bukan?

Di sini kita akan bercerita suatu kisah yang sangat masyhur, iaitu Kisah Luqman AL-Hakim dan Keldai, tapi alangkah baiknya jikalau kita mengetahui sedikit siapa itu Luqman Al-Hakim. Luqman Al-Hakim adalah seseorang yang istimewa, yang namanya Allah abadikan dalam Al Quran. Beliau bukanlah Nabi atau Rasul, tapi cara didikan terhadap anaknya patut dijadikan amalan dan rujukan. Dialah Luqman Al Hakim.

Banyak perbezaan pendapat dari kalangan ulama mengenai siapa sebenarnya Luqman Al Hakim. Ibnu Katsir mengatakan bahawa "Luqman adalah seorang lelaki soleh, ahli ibadah dengan pengetahuan dan hikmah yang begitu luas." Ibnu katsir juga mengatakan bahawa "Luqman Al Hakim didalam Al Quran adalah Luqman bin Unaqa' bin Sadun." Ada juga yang mengatakan dia adalah Luqman bin Sarad sebagaimana dikisahkan oleh Ali Suhaili dari Jarir dan Al Khuzaimi.

Ibnu Khatim mengatakan bahwa "Abu Zur'ah Shafwan bin Walid, Abdurrahman bin Yazid telah bercerita kepada kami dan Jabir berkata "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Luqman Al Hakim dengan Hikmahnya. Seorang lelaki yang sudah mengenal dirinya dan sebelumnya pernah melihatnya didalam sebuah majlis bertanya kepadanya "Bukankah engkau budak dari bani fulan yang mengembala kambing kemarin. Luqman menjawab "Ya" Lelaki itu berkata "Apa yang membawaku menyaksikanmu hari ini?" Luqman berkata "Takdir Allah, menunaikan amanah, jujur dalam perkataan dan meninggalkan apa-apa yang tidak berguna." (Tafsir Al Quran Al Azhim Juz 12 hlm 333-335) 

Allah SWT telah mengangkat Lukman Al Hakim dengan hikmahnya. Untuk itu Luqman dikenali dengan panggilan Ahlul Hikmah. Mungkin kita sudah sering mendengar kata hikmah. Namun pada hakikatnya pandangan kita sering meleset akan erti hikmah tersebut. Hikmah adalah kemampuan memecahkan masalah dan mampu mencari penyelesaian terbaik dari suatu masalah. Sehingga hasil dari hikmah itu adalah kemaslahatan bagi orang tersebut.

Ada beberapa ayat dalam Al Quran yang mengabadikan pelajaran Luqman terhadap anaknya, salah satunya adalah firman Allah :

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ 

Artinya:
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
(QS. Luqman: 13).
  
Kembali ke kisah inti yang akan diceritakan, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa pada suatu hari Luqman Al-Hakim bersama anaknya pergi ke pasar dengan menaiki seekor Keldai. Ketika itu Luqman naik di atas Keldai sementara anaknya megikuti di belakangnya dengan berjalan kaki. Melihat tingkah laku Luqman itu, ada orang yang berkata, 

“Lihat itu orang tua yang tidak merasa kasihan kepada anaknya, dia seronok naik keldai sementara anaknya disuruh berjalan kaki.” 

Setelah mendengarkan sindiran orang-orang di situ, maka Luqman pun turun dari keldainya itu lalu anaknya diletakkan di atas keldai tersebut. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula,

“Hai, kalian lihat ini ada anak yang kurang ajar. Orang tuanya disuruh berjalan kaki, sedangkan dia seronok sahaja menaiki keldai.”

Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang-orang lain pula sibuk mengata, 

“Hai teman-teman, lihat itu ada dua orang menaiki seekor keldai. Kelihatannya keldai itu sangat tersiksa, kasihan ya.” 

Oleh kerana tidak suka mendengar sindiran orang ramai, maka Luqman dan anaknya turun dari keldai itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, 

“Hai, lihat itu. Ada dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki. Untuk apa mereka bawa keldai kalau akhirnya tidak dinaiki juga.”

Ketika Luqman dan anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman al-Hakim menasihati anaknya tentang sikap orang-orang dan cemuhan mereka tadi.  Luqman berkata, 

“Sesungguhnya kita tidak akan terlepas dari cemuhan orang lain.” Anaknya bertanya, “Bagaimana cara kita menanganinya ayah?” Luqman meneruskan nasihatnya, 

“Orang yang berakal tidak akan mengambil pertimbangan melainkan hanya kepada Allah SWT. Barang siapa mendapat petunjuk kebenaran dari Allah, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam mengambil keputusan.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, 

“Wahai anakku, carilah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya orang fakir itu akan tertimpa tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya). Lebih dari sekadar tiga perkara itu, orang-orang lain suka merendah-rendahkan dan memperlekehkannya.”

Dari kisah diatas semoga kita mampu mendapat pelajaran yang berharga, selama apa yang kita lakukan itu diiringi niat baik serta keikhlasan  dan tidak melanggar syariat, maka percakapan orang tentang apa yang kita perbuat tidak perlu diambil hati dan tidak perlu dikhuatiri. Bahkan, jangan sampai percakapan negatif orang pada kita mendorong kita menjadi malas melakukan pekerjaan, rendah diri, tidak bersemangat lagi dan mendorong kita melakukan hal-hal yang tidak terpuji lainnya. jadikan semua itu sebagai batu ujian yang bisa kita jadikan pijakan untuk melangkah lebih jauh lagi.  Andainya kita khuatir, khuartirlah  jika yang kita lakukan itu jelek dimata Allah dan mengundang murka Allah. Naudzubillah....

Saturday, June 18, 2016

Majlis Iftar



Baru-baru ini kumpulan saya iaitu Millionaire Thrivers telahpun mengadakan majlis iftar yang bertempat di pejabat urusan kami di Sepang.

Majlis ini telahpun dijalankan dengan konsep 'pot luck' dimana kebanyakan diantara perunding dibawah jagaan saya memasak sendiri pelbagai juadah untuk disajikan bersama termasuklah roti jala, serawa durian, daging masak merah, ayam masak black pepper, nasi arab, cendol, kuih-muih dan sebagainya..

Kumpulan perunding MT

Shahrul & Adham

Ashie & Liza


Majlis telah berlangsung dengan penuh meriah sekali.  Ada juga yang membawa anak-anak dan pasangan masing-masing untuk memeriahkan suasana. Semoga ikatan kekeluargaan kami di Millionaire Thrivers ini akan sentiasa berterusan dan diberkati Allah hendaknya.

 

 

Ashie, Tikah & Norita

 

Kumpulan kami yang ceria selalu




Sunday, June 5, 2016

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Semoga tahun ini memberi lebih banyak keberkatan.