Saturday, September 14, 2013

Sinki Bocor



Dah seminggu saluran bawah sinki bilik air rumah saya ni bocor.. semua gara-gara skru pemegangnya berkarat menyebabkan saluran paip dan sinki terpisah.  Memang tak ada masa langsung nak pergi ke kedai hardware untuk beli benda alah ni.  Nasib baik dua hari lepas saya ada kursus di CIMB Wealth Advisor Training Centre bersebelahan dengan kedai hardware di Damansara Perdana.  Terus boleh beli... bukan mahalpun.. cuma RM8 je satu set.

Balik rumah malam tadi saya terus pasang... selesai masalah.  Kalau panggil plumber datang repair ni tak tahulah berapa agaknya ya...  Itulah, kadang-kadang kita perlu tahu atau belajar perkara-perkara asas seperti ni.. Bukan kita nak ambil alih kerja tu, tapi dengan pengetahuan asas yang sedikit tu sebenarnya banyak menjimatkan kita..

Untuk anda semua, sekiranya sinki anda bocor dan menitik di bahagian bawah, mudah sahaja.  Beli set penyambung seperti dalam gambar di atas.  Harga lebih kurang RM8-10 sahaja satu set.  Tetapi perlu diingat terdapat dua saiz paip penyambung ni.  Kalau untuk sink cuci tangan saiz dia lebih kecil dan kalau untuk sinki dapur saiz dia lebih besar.  Jadi sila beritahu kepada jurujual saiz apa yang kita mahukan.

Benda kedua yang kita kena beli adalah tape teflon.  Tape teflon ni merupakan penebat air untuk mengelakkan air keluar dari bahagian yang bersambung. Harga tape teflon ni cuma lebih kurang RM0.50 je satu.  Beli lah lebih sedikit takut tak cukup nanti.


Teflon Tape

Bagaimana car untuk menggunakan teflon tape ni ya?  Mudah sahaja, sebelum kita sambungkan paip plastik tu, kita balutkan dulu bahagian penyambung dengan teflon tape ni supaya air tidak keluar...  Tengok gambar di bawah ni.


Ok lepas tu dah boleh sambung paip tu.  Kalau selepas sambung paip ni air masih lagi menitik, perhatikan air keluar dari bahagian mana.  Cara yang mudah ambil teflon tape ni, lilitkan dari bahagian luar paip banyak-banyak supaya air tidak lagi keluar.  Cuba dulu ya....

No comments:

Post a Comment