Monday, September 16, 2013

Pulau Pinang

Minggu lepas saya terima call dari seorang kakak yang pernah bersama-sama dengan saya bekerja di Dunkin Donut 13 tahun yang lepas.. Masa tu saya selalu buat part time untuk menampung perbelanjaan belajar di UiTM Shah Alam. Katanya beliau sekarang baru sahaja bekerja sebagai pengurus di Dunkin Donut Penang International Airport, Bayan Lepas atas permintaan pihak pengurusan yang inginkan seseorang menjaga cawangan Dunkin Donut di sana. Beliau mengajak saya datang ke Pulau Pinang... Saya kata in shaa Allah lah.... Kalau ada rezeki.. Nak dijadikan cerita, tanpa dirancang, saya pergi ke Pulau Pinang hari ini atas urusan perniagaan. Turun sahaja dari pesawat, sambil berjalan keluar dari kapal terbang menuju ke balai ketibaan, saya nampak beliau sedang bekerja di Dunkin Donut di sana.. Beliau menjemput saya minum kopi di sana..

Selepas itu saya bergegas keluar dari airport kerana downline saya sudah sedia menunggu. Alhamdulillah... Saya rasa bersyukur mempunyai downline yang baik hati. Beliau memandu dari Alor Setar ke Bayan Lepas untuk menemani saya untuk urusan perniagaan di Pulau Pinang. Urusan kami selesai dalam masa setengah jam sahaja... Kemudian saya kembali semula ke airport untuk mengajar beliau beberapa pengetahuan mengenai produk-produk kewangan CIMB Principal Asset Management. Maklumlah beliau masih lagi baru...

Baru selesai potong rambut...
Disebabkan penerbangan pulang yang saya ambil pada malamnya, beliau terpaksa mengundur diri untuk pulang. Sedang saya bersendirian di balai pelepasan... Tiba-tiba saya disapa oleh kakak yang bekerja di Dunkin Donut. Beliau dan anaknya yang merupakan lulusan kejuruteraan sedang berjalan pulang. Mengetahui penerbangan saya masih lagi lima jam, beliau membawa saya berjalan-jalan di Queensbay Mall. Lagipun saya mencari salon untuk memotong pendek rambut saya.. Tepat jam 7.30 malam beliau menghantar saya pulang ke airport. Syukur kerana saya dikelilingi oleh orang-orang yang baik hati.. Semoga saya juga dapat menjadi seperti mereka....

No comments:

Post a Comment