Tuesday, October 10, 2017

Bahaya Sodium Laureth Sulfate Untuk Kesihatan

 

Adakah anda yakin setiap produk yang anda gunakan setiap hari itu selamat dan semulajadi untuk digunakan seisi keluarga? Pernah tak anda membelek-belek bahagian ingredients bagi setiap produk kecantikan atau produk untuk mandi yang anda gunakan setiap hari?


 



Adakah anda ada menjumpai perkataan ‘Sodium Laureth Sulfate” atau “Sodium Lauryl Sulfate” tersenarai di dalamnya?

Setiap hari kita perlu membersihkan badan dengan menggunakan sabun mandi, shampu, ubat gigi dan lain-lain bahan mandian. Begitu juga dengan barangan dapur dan rumah yang kita gunakan seperti sabun basuh baju, pinggan mangkuk, lantai dan lain-lain. Kebanyakan pengguna membeli barang dengan melihat jenama tetapi tidak kepada bahan kimia yang digunakan.
Bahan kimia yang digunakan dalam setiap barangan seperti yang disebutkan tadi sebenarnya adalah sangat penting. Ini kerana ada bahan kimia yang digunakan akan memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan pengguna secara tidak langsung dan memberi kesan dalam jangka hayat yang panjang.

Kenapa Kebanyakkan Produk Ada Mengandungi Sodium Laureth Sulfate (SLES) atau Sodium Lauryl Sulfate (SLS)?

SLS dan SLES adalah berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak di dalam produk seperti sabun dan shampu. Ini disebabkan oleh ramai pengguna gemar menggunakan sabun dan shampu yang mempunyai buih yang banyak. Bagi pengguna ianya adalah lebih memuaskan.
Bagi produk seperti sabun pinggan mangkuk, lantai dan lain-lain, ia juga adalah berfungsi untuk menanggalkan minyak dan kotoran.
Ianya juga adalah murah dan ini dapat mengurangkan kos pembuatan produk tersebut.

Keburukan SLS dan SLES.



Terdapat banyak kesan buruk daripada pengunaan sabun dan shampu yang mempunyai SLS dan SLES. Salah satunya adalah penyakit kanserSLS dan SLES juga sering dijumpai di kedai basuh kereta dan garaj yang digunakan untuk nyahgris enjin kereta.

Sama juga fungsinya kepada kulit pengguna. Ianya akan melarutkan minyak di dalam kulit pengguna dan menyebabkan kulit menjadi kering. Ianya juga akan mengubah protein kulit dan akan menyebabkan keradangan pada kulit dan juga mudah mencemarkan bahagian kulit luar yang sensitif. SLS juga banyak memberi kesan ke atas mata pengguna.

Yang lebih membimbangkan adalah SLS akan diserap oleh kulit pengguna. Apabila SLS sudah diserap oleh kulit, kesan utama adalah SLS akan berfungsi sama seperti hormon estrogen dalam badan manusia. Ini akan memberikan banyak kesan buruk terhadap kesihatan manusia seperti PMS dan simptom monopos.

SLS juga akan mengurangkan kesuburan lelaki dan meningkatkan kebarangkalian penyakit kanserkepada kaum wanita seperti kanser payudara apabila tahap estrogen terlibat.


  


Sebuah penelitian dari Medical College of Georgia menunjukkan bahwa SLS itu sistemik (mempengaruhi seluruh anggota tubuh), dan dapat menembusi masuk ke dalam kulit serta tersimpan di mata, otak, jantung, hati, dll., serta memiliki potensi kesan jangka panjang yang membahayakan. SLS dapat memperlambat penyembuhan dan menyebabkan katarak pada orang dewasa, dan dapat mengganggu perkembangan mata anak.

Jika anda perasan, selepas kita bersabun atau menggunakan pencuci muka, kulit akan rasa tegang je…sebabnya minyak semulajadi kulit kita dah dihakis. Jika anda menggunakan pencuci muka yang boleh menghasilkan buih yang banyak, anda akan perasan kulit akan jadi makin kering dan kusam.
Selain tu, SLS juga boleh memberi kesan kepada mata sebab itu apabila sabun terkena mata, kita akan rasa pedih. Ianya boleh memberi kesan jangkamasa panjang iaitu masalah mata seperti katarak. SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.

Anda juga perlu tahu yang SLS juga dikelaskan sebagai carcinogen atau penyebab kanser…



Bagaimana pula Sodium Lauryl Sulfoacetate?

Sodium Lauryl Sulfoacetate adalah ejen pembuih semulajadi yang dibuat dari kelapa atau kelapa sawit. Sodium Lauryl Sulfoacetate lebih selamat kerana bahan semulajadi digunakan untuk membuatnya. Ia bertindak lebih lembut ke atas kulit, tidak meninggalkan kesan iritasi dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Jadi adalah penting untuk anda menyemak kandungan bahan-bahan produk penjagaan diri yang anda gunakan. Kalau boleh, elakkan produk yang mengandungi Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate tetapi pilihlah produk yang mengandungi Sodium Lauryl Sulfoacetate.
Produk Mikael Touch Tidak Mengandungi SLS dan SLES

Berhati-hatilah memilih produk kerana ianya akan memberikan kesan jangkamasa panjang. Walaupun hari ni, kesannya masih tidak kelihatan, jangan sampai anda menghidap ekzema dan mengalami masalah keguguran rambut yang kronik baru anda hendak bertindak untuk merawat. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati.

Ingin mengetahui tentang syampu minyak kelapa dara (VCO - Mikael Touch VCO Conditioning Shampoo? Kunjungi website ini - www.mikaeltouch.com