Tuesday, July 24, 2018

Latihan Mingguan: Close Client melalui Carian Fakta





Agensi Millionaire Thrivers Group dan Empire Legacy Venture sememangnya sudah hampir setahun bergabung untuk mengadakan kelas latihan setiap minggu secara bersama.  Kelas latihan ini selalunya diadakan pada setiap hari Selasa, jam 8.30 malam bertempat di agensi Empire Legacy di Seri Kembangan.

Pada hari ini giliran AS Ady Soleh atau Soleh Ahmad untuk mengadakan kelas.  Setiap minggu kami akan rotate tenaga pengajar untuk memastikan ilmu yang diberikan itu mempunyai variasi yang berbeza kerana setiap perunding mempunyai kekuatan dan kelebihan mereka masing masing.

Pada hari ini Ady Soleh berkongsi bagaimana untuk mendapatkan client melalui pencarian fakta atau perbualan dengan client. Kadang-kadang sebagai perunding kewangan dan mempunyai banyak produk, kita mempunyai kecenderungan untuk merasa keliru apa yang perlu diberikan kepada client. Tetapi melalui pencarian fakta ini, kita dapat menilai tahap kewnngan pelanggan dan apa keperluan kewangan yang sebenarnya untuk pelanggan tersebut.




Paling penting kita tidak boleh menjual sesuatu yang kita suka.  Kita kena syorkan kepada client sesuatu yang mereka perlukan dengan memberikan kesedaran kepada pelanggan mengenai cara pengurusan wang yang berhemah.

Malam ini saya menggunakan peluang ini juga untuk berkongsi bagaimana menggunakan teknik perbualan carian fakta atau fact finding ini untuk mencari apakah produk yang sesuai untuk pelanggan dan bagaimana cara untuk membuatkan pelanggan mengambil beberapa produk sekaligus seperti simpanan unit amanah, pembiayaan ASB, skim persaraan swasta dan perlindungan takaful pada satu masa.

Alhamdulillah, melalui perkongsian pada malam ini para perunding Millionaire Thrivers dan Empire Legacy nampak lebih bersemangat untuk memperaktikkan cara yang baru mereka belajar ini.  Melalui cara ini, kami boleh menunjukkan kemampuan kepada pelanggan melalui cara pendedahan kewangan dan khidmat nasihat secara jujur dan professional.



Kelas malam ini diakhiri dengan perkongsian dari GAM Dr. Norhayati mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap perunding unit amanah dan takaful kami serta cara-cara bagaimana untuk mengatasinya dan menanganinya dengan berkesan. Pada malam ini kelas berakhir hampir jam 10.45 malam.

Semoga perkongsian pada kali ini memberikan faedah dan ilmu yang berguna untuk semua yang hadir.  Insyaallah...

Wednesday, July 11, 2018

MTG Raya Open House








Setiap tahun kami di Milllionaire Thrivers Group pastinya tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.  Maklumlah sewaktu hari raya masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri.  Jadi kami mengambil peluang untuk meraikan bersama-sama di agensi kami.  Selalunya pada setiap tahun kami akan meraikannya secara pot luck supaya suasana raya terasa lebih meriah.

AS Adham dan AS Ashie datang jauh dari Kota Bharu membantu mempersiapkan agensi dengan hiasan untuk sambutan hari raya sehari sebelum majlis bermula.  Segalanya dilakukan bersama-sama.  Tidak lupa juga buat AS Maria yang sanggup datang vakum agensi walaupun sibuk untuk menyediakan hidangan pot luck.

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi.  Kami semua bertungkus lumus untuk menyiapkan agensi dengan susunan juadah sempena hari raya.  Masing-masing datang dengan pakaian hari raya dan terasa sangat meriah sekali.






Pada pukul 10.00 pagi, kami menerima kunjungan dari pegawai atasan atau pihak pengurusan dari RHB Asset Management yang datang melawat agensi kami.  Ms Eliza Ng iaitu Managing Director dan juga CEO RHB Asset Management turut hadir disamping Chief Investment Officer.  Kami merasa sangat-sangat bertuah dapat mendengar ucapan dari CEO RHBAM, Ms Eliza di agensi kami.  Beliau juga agak terpesona dengan juadah-juadah yang disediakan.  Alhamdulillah...

Bergambar bersama barisan pihak pengurusan RHB Asset Management

Ucapan dari Ms Eliza, CEO RHB Asset Management

Pada sebelah tengahari pula kami menerima kunjungan dari pelabur-pelabur dan juga rakan-rakan yang datang untuk sama-sama memeriahkan majlis MTG Raya pada tahun ini.  Perunding-perunding kami juga menjemput pelabur-pelabur dan bakal pelabur mereka.  Alhamdulillah, ada yang dapat close deal pada waktu open house ini untuk jumlah yang agak besar!  Pelanggan gembira dan yakin apabila melihat agensi Millionaire Thrivers.


AS Ady Soleh bersama downlinenya UTC Mawardi dan prospek mereka.

Perunding MTG yang sentiasa ceria



Menerima kunjungan dari pelabur setia saya

Juadah kali ini banyak yang sedap-sedap semuanya.  Paling ditunggu-tunggu adalah serawa durian dari AS Maria yang paling diminati oleh semua perunding kami di Millionaire Thrivers Group.  Ada nasi lemak, rendang ayam, krim karamel, roti jala, laksa utara, cocktail buah, nasi himpit dan kuah kacang, dan macam-macam lagi.  Terima kasih buat semua yang sudi membawa makanan ni.

Serawa Durian dan Roti Jala







Pada sebelah petang pula kami menerima pula kunjungan dari pihak pengurusan Hong Leong MSIG Takaful Berhad termasuk En. Syed Redzo iaitu Head of Agency Business, En. Amri, Head of Sales, serta pihak pengurus dan eksekutif lain.  Kami juga menerima kunjungan dari wakil MyAngkasa Amanah Berhad, iaitu penyedia khidmat pengurusan harta pusaka yang kami tawarkan kepada pelanggan.

En. Syed Redzo dari HLMT dan En. Jauhari dari MyAngkasa Amanah

Pihak pengurusan HLMT


Majlis kemudiannya menjemput En. Syed Redzo memberikan ucapan beliau manakala En. Amri pula mengumumkan tawaran-tawaran baru sempena tahun kewangan 2018/2019 yang baru bermula.  Apa yang menarik adalah tawarang tunai dan peraduan ke Jogjakarta yang sangat mudah untuk dicapai. Wow...!!

Ucapan dari En. Syed Redzo




En. Syed Redzo juga bersama-sama membuat cabutan bertuah untuk perunding-perunding kami yang berjaya menyahut cabaran Aidilfitri Bonanza yang diadakan selama sebulan. Majlis akhirnya bersurai pada jam 7.00 petang. Sebelum bersurai sekali lagi kami bergotong royong membersihkan perkakasan dan juga agensi agar kembali seperti sedia kala.


Terima kasih semua perunding-perunding Millionaire Thrivers yang hebat..... semoga kejayaan milik kita semua.