Sunday, September 15, 2019

Hayat Tinggal 2 Minggu



Kanser sekarang ni sudah menjadi perkara biasa. Kawan sana kena, kawan sini kena, cuma kita yang belum kena dan tak semestinya kita tidak akan kena.

Bila saya kenang kenangkan, seorang ulama yang menjaga amal ibadat dan pemakanannya seperti Almarhum Tuan Guru Dato Nik Aziz pun  boleh kena, apatah lagi kita ni.

Memang semua orang akan meninggal, dan punca kematian itu cuma asbab yang Allah ciptakan.
Ambil takaful tidak menyebabkan kita selamat dari terkena kanser.
Ambil takaful tidak bererti kita boleh sembuh dari terkena kanser tapi,
Ambil takaful memudahkan keluarga menjaga kita dengan lebih selesa.
Ambil takaful membantu kita meninggalkan sejumlah wang yang kita tak sempat simpan.
Ambil takaful membolehkan keluarga kita hidup selesa walaupun kehilangan punca pendapatan dari kita.
Ambil takaful membolehkan keluarga kita melangsaikan hutang kita agar roh kita tidak terawang awangan antara langit dan bumi akibat dari hutang.

#MillionaireThriversGroup
#EliteFinancialGroup
#HLMT #HLA
#HongLeongMSIGTakaful
#HongLeongAssurance
#Takaful #Insurans #JeffAJ

Baca artikel ini
https://pnews.space/doktor-lambat-detect-lelaki-terduduk-bila-tahu-hayat-tunang-cuma-ada-2-minggu/

Friday, September 13, 2019

Melawat Kanak-kanak Menghidap Kanser





Pada 13 September 2019 baru-baru ini, pihak Hong Leong MSIG Takaful Berhad telahpun mengadakan lawatan Corporate Social Responsibility (CSR) ke Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL).

Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendekati kanak-kanak yang menghidap kanser disamping memberikan bantuan dari segi kewangan dan juga menjalankan aktiviti untuk menggembirakan kanak-kanak ini.




Jumlah sumbangan dari HLMT


Kami merasa amat-amat tersentuh melihat kanak-kanak yang bernasib istimewa ini.  Hampir kesemua pesakit tidak mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser sebelum ini.  Ia membuatkan saya merasa kita semua ni, sesiapa sahaja pada bila-bila masa sahaja boleh menghidap kanser.

Ada yang demam denggi dan darah tidak normal tetapi apabila diperiksa secara lanjut menghidap leukimia.  Ada juga yang tiba-tiba leher membengkak dan apabila ke hospital disahkan menghidap kanser limfoma. Sedih sangat sedih apatah lagi kanak-kanak ini dahulunya sihat walafiat.


Kakitangan HLMT dan Perunding Cemerlang yang terpilih untuk sessi CSR ini

CSO HLMT, En Yasser bersama Pengurus Agensi, Dato Zach

Pihak HLMT membawa bersama  clowndan Mickey Mouse untuk menghiburkan kanak-kanak ini.  Selain bantuan kewangan kami juga menyerahkan mainan untuk menghiburkan mereka.


Bergambar bersama sahabat saya Dato Zach, Jawatankuasa Syariah HLMT, CSO HLMT dan Trainer HLMT
Mainan untuk anak-anak comel

Menyerahkan sumbangan dari pihak HLMT untuk keluarga yang istimewa 

Adik ini meghidap kanser limfoma

CEO HLMT, En Asri berbual dengan anak ini yang menghidap kanser otak

Bersama anak istimewa dan clown

Adik ini menghidap leukimia

Sungguh apa yang terjadi kepada mereka ini sangat-sangat menginsafkan kita semua.  Sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan kesembuhan bagi mereka dan memberikan kekuatan buat ibu bapa ini dalam menghadapi ujiannya.

Pesanan saya, ambillah pelan takaful kerana kita semua tidak tahu bila musibah akan melanda.  Berdoa agar kita semua dijauhkan dari ujian sebesar ini.

Amin


Wednesday, September 11, 2019

Kad Perubatan Murah



Assalamualaikum,

Hari ini saya nak bercerita tentang kad perubatan.  Baru-baru ni kecoh tentang harga kad perubatan untuk setiap syarikat insurans dan takaful naik pada 1 Ogos 2019 disebabkan oleh arahan terbaru BNM?  Arahan apa tu ya?

Begini, arahan tersebut adalah untuk memastikan bahawa pelan insurans atau sijil takaful yang diambil itu bertahan lama samada 80 tahun atau 100 tahun.  Ianya dipanggil sustainability period.  Sekiranya tempoh sijil itu lebih lama, maka carumannya adalah lebih tinggi untuk menaikkan jumlah tunai dalam akaun bagi memastikannya bertahan lama. Faham di situ?

Kenapa dahulunya murah?  Kalau kita perhatikan, semua pelan - pelan kad perubatan dulu murah tetapi sustainability nya rendah.  Kadang-kadang umur 60 sudah lapse disebabkan oleh nilai tunai yang ada di dalam akaun peserta sudah tidak cukup untuk menampung kos kad perubatan kerana apabila umur meningkat, maka risiko yang ditanggung oleh syarikat adalah tinggi.  Begitu juga dengan kadar inflasi yang seharusnya diambil kira oleh syarikat pada tempoh masa akan datang.  Kenaikan kos perubatan itu sangat tinggi.  Kalau itu yang kita rasakan sekarang, apatah lagi pada masa akan datang bukan?

Caruman pelan investment link ni selalunya jarang naik harga kerana nilai tunai yang ada di dalamnya membantu mengekalkan jumlah caruman untuk tempoh yang lama, tidak seperti pelan tradisional yang selalunya naik setiap tempoh 5 tahun.

Tetapi jangan risau, pelan takaful di HLMT ini masih lagi murah... untuk anak anda dengan RM150 pun sudah dapat kad perubatan yang mampu bertahan sehingga umur anak anda 80 tahun tau.  Kenapa HLMT lebih murah berbanding dengan syarikat lain ya? Begini, HLMT dan HLA ni merupakan pengendali takaful dan syarikat insurans tempatan.  Apabila syarikat tempatan ni, HQ juga berada di Malaysia. Kos pengurusan syarikat adalah dalam nilai Ringgit Malaysia kan...?  Kalau syarikat luar ni, kos pengurusan pejabat serantau (regional office), HQ dan sebagainya sama-sama ditanggung.  Sekiranya syarikat tersebut berada di negara yang kos sara hidup atau nilai matawang nya tinggi, maka kos juga akan menjadi tinggi. Begitulah ceritanya.

Satu lagi, HL Group ni merupakan salah sebuah syarikat konglomerat yang terbesar di Malaysia.  Jadi backup syarikat ni daripada segi financial adalah sangat kuat.  Apa syarikat yang berada di bawah HL Group ni ya?  Selain dari HLB dan HL Islamic Bank, pernah dengar Guocoland? Yamaha? Thistle Hotel? Sofitel Hotel? Southern Steel Berhad? Banyak lagi lah kalau nak sebut.  Nanti pergi tengok dekat website HLG untuk keterangan lanjut. Jadi, rasanya tak perlu risau dengan kekuatan syarikat HLMT dan HLA ni...

HLMT ini juga pemenang untuk syarikat patuh syariah yang paling bagus di Malaysia di bawah
BestBrands in Takaful Solutions Award at The Brandlaureate World Halal Best Brands Awards 2018
manakala HLA pula memenangi  Most Valuable Brand Award of the Year by The BrandLaureate BestBrands Awards 2016-2017

Ok bagaimana pula dengan harga kad perubatan yang dikatakan murah itu tadi ya?  Untuk umur anak-anak anda, harga kad perubatan termasuk dengan simpanan dalam pelan berkait pelaburan i-Care Rahmat iaitu kad perubatan Medi Auni ni cuma dalam RM150 sahaja sebulan.  Untuk umur 20 tahun hingga ke 27 tahun cuma RM190 sebulan, untuk umur 40 tahun cuma RM300 sebulan.

Untuk harga di atas anda mendapat bilik wad RM200 semalaman dan perlindungan perubatan sebanyak RM1.12 juta dalam masa setahun dan jumlah ini berterusan sehingga umur 80 tahun kerana kad perubatan Medi Auni ni had sepanjang hayat (no life limit) berserta dengan perlindungan kematian, hilang upaya dan hilang upaya tua (Old Age Disablement).


Di bawah ini saya sertakan jadual harga pelan perlindungan i-Care Rahmat dengan kad perubatan Medi Auni untuk memudahkan anda semua.  Ini merupakan perlindungan Medi Auni sebanyak RM1.12 juta setahun dengan pelan RM200 berserta dengan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil untuk rujukan.



Sekiranya anda berminat untuk mengambil hibah dan simpanan sahaja tanpa memerlukan kad perubatan, di sini pula saya sertakan jadual untuk hibah sebanyak RM100,000 dan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil.


Semua pelan di atas mestilah dirujuk kepada risalah produk dan juga ilustrasi faedah pelan ini.  Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan quotation atau sebut harga tersebut, boleh lah menghubungi saya di www.wasap.my/60123023433. Ok?




Tuesday, September 10, 2019

Certified Master Trainers from Lawrence Walter Academy.





It is not a simple task. I have a few friends who were not certified and unable to complete the trainer task.

It took me two years to be certified. We started with 5 full day from early morning to 10 pm training with a thight disclipline throughout the course. After training we have to complete assignment every night and sleep at 3 - 4 am until our pre-graduation day.



After the pre-graduation I have to go through intern for about 6 month duration with big companies such as Maybank, Prudential, Camel Active Malaysia etc, together with the senior trainers.



It was a great experience for me and I am giving my knowledge to my teams for free to help them to grow higher.

Sunday, September 1, 2019

Cuti Hari Merdeka Yang Padat


Sempena cuti merdeka ni saya mengambil peluang untuk balik bercuti ke kampung halaman di Kelantan. Kali ini saya bawa sekali PA saya yang baru seminggu bekerja. Beliau datang dari Perak jadi mungkin bosan kalau bersendirian selama 3 hari.

Saya melalui LPT kerana ingin singgah di Kuala Terengganu bagi menghadiri majlis perkahwinan downline saya iaitu Shahrul Zamri. Tahniah diucapkan... Semoga berkekalan hingga ke jannah.




Selepas itu saya bergegas ke Pengkalan Kubur. Niat di hati nak membeli beberapa barangan tetapi sayang kedai semua ditutup pada pukul 5.30. Saya sampai pada pukul 5.25 jadi tak sempat nak bershopping. Nasib baik ada sebuah kedai yang belum ditutup. Dapatlah beli periuk Vision dan set pinggan mangkuk Corell. Kalau nak shopping kat sini memang lah murah...



Kalau bawa saudara mara atau makcik makcik ke sini memang akan berkampung lah mereka di sini sebab barangan yang ada di sini sangatlah menarik.  Tak perlu pergi hingga ke Langkawi, di Kelantan anda boleh bershopping di Pengkalan Kubor dan juga Rantau Panjang.




Pulang dari Pengkalan Kubor saya singgah solat sebentar di Masjid Al Ismaili yang terletak di Pasir Pekan. Masjid ni memanglah tak dinafikan sangat- sangat cantik. Kebetulan pula masa kami sampai ada majlis bersama Sultan Kelantan iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V. Sempena Maal Hijrah, masjid tersebut mengadakan majlis bacaan doa awal tahun dan akhir tahun bersama Sultan. Selepas solat Maghrib pula diadakan ceramah sempena Hijrah.



Pemandangan di masjid ini sangatlah cantik dan memukau.  Tak percaya? Cuba singgah sendiri di sini.

Keesokan harinya saya dan keluarga berjalan-jalan di sekitar Bandar Kota Bharu. Saya singgah di Bazaar Buluh Kubu untuk membeli baju batik. Pada mulanya saya tidak berniat langsung untuk shopping. Tetapi disebabkan tertarik melihat baju batik berwarna pastel, jahitan pula  cantik siap dengan lining di sebelah dalam baju, memang cantik dan buat saya tertarik untuk membelinya.


Bersama kawan baik saya iaitu Harry di butiknya di Kompleks Bazaar Buluh Kubu




Kali ni saya rasa seronok sebab dapat makan etok. Sudah lama tak merasa etok sebab kat tempat lain memang tak ada etok ni. Etok ni merupakan sejenis kerang sungai yang selalunya berada di tepi sungai dan di dalam lumpur. Kemudian etok ini di salai dengan rempah ratus.  Kalau dahulunya etok ni hanya dengan satu rasa sahaja, pada zaman innovasi sekarang ni etok sudah pelbagai perisa. Ada rasa bbq, ada rasa madu, ada rasa pedas... Macam macam.


Etok salai

Sambil makan pula saya mengajar staff saya yang berasal dari Perak untuk makan etok ni. Memang sukar bagi orang luar nak makan etok ni.  Tidak kurang ada yang merasa pelik.  Pengalaman macam ni sukar untuk dirasai sekiranya tidak datang ke negeri Kelantan sendiri.  Yang penting kalau balik Kelantan, saya tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati Jala Mas iaitu kuih yang diperbuat dari kuning telur itik yang dipanaskan menggunakan corong khas dan di tuang ke dalam air gula yang sedang panas.  Rasanya memang lemak dan manis.


Jala Mas


Saya bersama keluarga dan staff di Kota Bharu

Malam sebelum pulang ke Kota Bharu, saya membawa keluarga ke Pantai Tok Bali untuk menikmati Maggi Telur Sotong? Siapa pernah rasa maggi ni?  Memang rasanya sangat lah sedap kerana telur sotong yang diletakkan saiznya besar-besar...!  Kalau datang ke Pantai Tok Bali mesti cuba Maggi Ketam atau Maggi Telur Sotong ni.



Pose sementara menunggu makanan.  Baju hadiah dari pengasas Dewi Sofiea iaitu Dato Zach.

Maggi Telur Sotong

Kali ni kami cuma pulang ke kampung selama tiga hari dua malam.  Pada hari ketiga kami sudahpun pulang semula ke Kuala Lumpur kerana tuntutan kerja.  Sampai sahaja di Bentong, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati Lemang To'ki yang sedap ni.  Memang tersangat lah sedap....  Sesiapa yang datang ke Bentong mesti singgah di restoran Lemang To'ki ni.  Ayam panggang nya juga sedap dan paling saya suka adalah sambal nya yang unik.


Bersama Amani di Lemang To'ki, Bentong

Perjalanan kami memakan masa yang sangat panjang iaitu hampir 12 jam kerana trafik agak perlahan bermula dari Gua Musang lagi.  Mungkin cuti panjang, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung.



Tempat wuduk Masjid KLIA

Pemandangan Masjid KLIA yang menawan hati

Saya sampai di Sepang hampir jam 10 malam.  Saya singgah sebentar di Masjid KLIA untuk menunaikan solat dan menghantar pulang staff saya.  Walaupun sekejap, saya sangat suka dengan cuti kali ni.  Semoga diberikan kesihatan untuk hari-hari mendatang.