Sunday, September 1, 2019

Cuti Hari Merdeka Yang Padat


Sempena cuti merdeka ni saya mengambil peluang untuk balik bercuti ke kampung halaman di Kelantan. Kali ini saya bawa sekali PA saya yang baru seminggu bekerja. Beliau datang dari Perak jadi mungkin bosan kalau bersendirian selama 3 hari.

Saya melalui LPT kerana ingin singgah di Kuala Terengganu bagi menghadiri majlis perkahwinan downline saya iaitu Shahrul Zamri. Tahniah diucapkan... Semoga berkekalan hingga ke jannah.




Selepas itu saya bergegas ke Pengkalan Kubur. Niat di hati nak membeli beberapa barangan tetapi sayang kedai semua ditutup pada pukul 5.30. Saya sampai pada pukul 5.25 jadi tak sempat nak bershopping. Nasib baik ada sebuah kedai yang belum ditutup. Dapatlah beli periuk Vision dan set pinggan mangkuk Corell. Kalau nak shopping kat sini memang lah murah...



Kalau bawa saudara mara atau makcik makcik ke sini memang akan berkampung lah mereka di sini sebab barangan yang ada di sini sangatlah menarik.  Tak perlu pergi hingga ke Langkawi, di Kelantan anda boleh bershopping di Pengkalan Kubor dan juga Rantau Panjang.




Pulang dari Pengkalan Kubor saya singgah solat sebentar di Masjid Al Ismaili yang terletak di Pasir Pekan. Masjid ni memanglah tak dinafikan sangat- sangat cantik. Kebetulan pula masa kami sampai ada majlis bersama Sultan Kelantan iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V. Sempena Maal Hijrah, masjid tersebut mengadakan majlis bacaan doa awal tahun dan akhir tahun bersama Sultan. Selepas solat Maghrib pula diadakan ceramah sempena Hijrah.



Pemandangan di masjid ini sangatlah cantik dan memukau.  Tak percaya? Cuba singgah sendiri di sini.

Keesokan harinya saya dan keluarga berjalan-jalan di sekitar Bandar Kota Bharu. Saya singgah di Bazaar Buluh Kubu untuk membeli baju batik. Pada mulanya saya tidak berniat langsung untuk shopping. Tetapi disebabkan tertarik melihat baju batik berwarna pastel, jahitan pula  cantik siap dengan lining di sebelah dalam baju, memang cantik dan buat saya tertarik untuk membelinya.


Bersama kawan baik saya iaitu Harry di butiknya di Kompleks Bazaar Buluh Kubu




Kali ni saya rasa seronok sebab dapat makan etok. Sudah lama tak merasa etok sebab kat tempat lain memang tak ada etok ni. Etok ni merupakan sejenis kerang sungai yang selalunya berada di tepi sungai dan di dalam lumpur. Kemudian etok ini di salai dengan rempah ratus.  Kalau dahulunya etok ni hanya dengan satu rasa sahaja, pada zaman innovasi sekarang ni etok sudah pelbagai perisa. Ada rasa bbq, ada rasa madu, ada rasa pedas... Macam macam.


Etok salai

Sambil makan pula saya mengajar staff saya yang berasal dari Perak untuk makan etok ni. Memang sukar bagi orang luar nak makan etok ni.  Tidak kurang ada yang merasa pelik.  Pengalaman macam ni sukar untuk dirasai sekiranya tidak datang ke negeri Kelantan sendiri.  Yang penting kalau balik Kelantan, saya tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati Jala Mas iaitu kuih yang diperbuat dari kuning telur itik yang dipanaskan menggunakan corong khas dan di tuang ke dalam air gula yang sedang panas.  Rasanya memang lemak dan manis.


Jala Mas


Saya bersama keluarga dan staff di Kota Bharu

Malam sebelum pulang ke Kota Bharu, saya membawa keluarga ke Pantai Tok Bali untuk menikmati Maggi Telur Sotong? Siapa pernah rasa maggi ni?  Memang rasanya sangat lah sedap kerana telur sotong yang diletakkan saiznya besar-besar...!  Kalau datang ke Pantai Tok Bali mesti cuba Maggi Ketam atau Maggi Telur Sotong ni.



Pose sementara menunggu makanan.  Baju hadiah dari pengasas Dewi Sofiea iaitu Dato Zach.

Maggi Telur Sotong

Kali ni kami cuma pulang ke kampung selama tiga hari dua malam.  Pada hari ketiga kami sudahpun pulang semula ke Kuala Lumpur kerana tuntutan kerja.  Sampai sahaja di Bentong, saya tidak melepaskan peluang untuk menikmati Lemang To'ki yang sedap ni.  Memang tersangat lah sedap....  Sesiapa yang datang ke Bentong mesti singgah di restoran Lemang To'ki ni.  Ayam panggang nya juga sedap dan paling saya suka adalah sambal nya yang unik.


Bersama Amani di Lemang To'ki, Bentong

Perjalanan kami memakan masa yang sangat panjang iaitu hampir 12 jam kerana trafik agak perlahan bermula dari Gua Musang lagi.  Mungkin cuti panjang, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung.



Tempat wuduk Masjid KLIA

Pemandangan Masjid KLIA yang menawan hati

Saya sampai di Sepang hampir jam 10 malam.  Saya singgah sebentar di Masjid KLIA untuk menunaikan solat dan menghantar pulang staff saya.  Walaupun sekejap, saya sangat suka dengan cuti kali ni.  Semoga diberikan kesihatan untuk hari-hari mendatang.



No comments:

Post a Comment