Saturday, February 11, 2012

Kisah Nabi Musa Sakit Perut

Panduan pada teman-teman yang sedang sakit..

Pada suatu hari Nabi Musa a.s. mengalami sakit perut dan mengadu kepada ALLAH SWT. ALLAH SWT telah perintahkan Nabi Musa a.s. makan daun dari sejenis pokok. Maka, dengan izinNya, Nabi Musa a.s. telah sembuh. Pada suatu masa yang lain Nabi Musa a.s. telah mengalami sakit perut yang sama sebagaimana tempoh hari. Nabi Musa a.s. pun terus mendapatkan penawarnya, iaitu daun dari pokok yang sama. Namun sakit perutnya tidak sembuh, maka Nabi Musa a.s. telah mengadu kepada ALLAH SWT.

Nabi Musa berdoa kepada Allah, "Ya Allah, sudah kumakan daun yang Engkau sebutkan tadi, kenapa sakit perutku tak juga sembuh?". Allah menjawab doa Nabi Musa, "Hai Musa, untuk sakit yang pertama, kau berdoa padaku, dan minta petunjukKu, maka Ku tunjukkan baik-baik penyembuh sakitmu. Untuk sakit yang kedua, kau tak meminta apapun dariKu, dan kau mengambil keputusanmu sendiri, jadi Aku tak memberikan apapun padamu!"

Bila makan ubat tu, berdoa & yakinlah pada kuasa Allah.., bukan pada makhluk. Hanya Dia sahaja mampu memberi kenaikan mahupun kemudaratan..

Bila nak makan ubat tu sebutlah, "Ya Allah jadikanlah apa yg aku makan ini sebagai penawar kerana tiada makhluk yg boleh memberi kebaikan dan kemudaratan selain dari Mu". Yakinlah pada kuasa Allah, bukan pada ubat.. Insyaallah cepat berkesan..

No comments:

Post a Comment