Wednesday, December 24, 2014

Terperangkap Dalam Hujan

Hari ini agak sibuk juga saya menguruskan hal-hal kerja.  Terutamanya pembahagian buku-buku nota CWA dan juga kalendar.

Hujung tahun seperti ini memang kalendar dan buku nota menjadi kemestian bagi kami untuk memberikannya kepada pelanggan-pelanggan setia.

Apabila membaca mesej Whatsapp dan Telegram,  tiba-tiba hati menjadi sayu mengenangkan keadaan di negeri saya iaitu Kelantan Darul Naim yang dilanda banjir yang teruk.

Kumpulan saya di Kelantan mengalami sedikit cabaran untuk meneruskan aktiviti harian kerana isu banjir ini.  Semoga banjir di Kelantan reda dengan cepat.

Tidak kurang juga di Kuala Lumpur dan Nilai.  Setiap hari hujan turun dengan lebat.  Kali ini saya tidak dapat untuk pulang ke pejabat selepas makan tengah hari kerana hujan.  Hmmm...  sabar....

Apapun dugaan yang mendatang,  kita haruslah sentiasa bersedia dan tidak menjadikan sesuatu isu itu sebagai satu masalah.  Andai kita cepat sangat mengalah dengan keadaan,  bermaksud mentaliti kita amat lemah dan sentiasa mencari jalan untuk menjadikan setiap dugaan sebagai penghalang dalam pekerjaan. Mereka seperti ini tidak akan berjaya sampai bila-bila dalam kehidupan mereka dek sikap mereka yang suka beralasan.

Apa-apa pun,  hujan kan satu rahmat.  Kalau tak hujan kita juga yang susah kan...  Orang yang berjaya adalah orang yang pandai mencipta peluang dalam setiap situasi.  Bukan orang yang hanya menanti peluang datang bergolek ke atas riba. 

No comments:

Post a Comment