Saturday, December 20, 2014

Musim Tengkujuh

Sedar tak sedar sudah hampir seminggu saya berada di Kelantan bumi bertuah ini...  Negeri Serambi Mekah..  Pada hari Jumaat lepas saya bergegas pulang ke rumah kerana bapa saya sakit tenat secara tiba-tiba. Tetapi alhamdulillah beliau sudah sihat seperti sediakala.

Pulang saja ke Kelantan,  hujan mula turun dengan lebat,  menyebabkan saya terkandas dan sukar untuk bergerak.  Tambahan pula kereta saya terpaksa ditinggalkan di bengkel kerana lampunya perlu diperbetulkan. Bila sahaja kereta siap, saya tak dapat untuk mengambilnya kerana hujan lebat telah memutuskan perjalanan antara pekan Pasir Puteh ke Kota Bharu...

Walaupun begitu, dek kerana semangat kerja yang berkobar-kobar dan tanggungjawab saya terhadap kumpulan #CWA saya di Kota Bharu, pada hari Jumaat pagi akhirnya saya meminjam kereta bapa saya untuk ke CWA Cawangan Kota Bharu.

Seperti biasa, bila bersama kumpulan saya semangat ukhuwwah kami yang erat membuatkan saya lupa seketika akan segala cabaran yang saya hadapi. Alhamdulillah,  kali ini kami bersatu dengan semangat yang lebih membara untuk menghadapi tahun 2015 yang pasti amat menyeronokkan.

Mereka semua bersedia untuk menyahut cabaran untuk ke Bali dan New York.  Tugas saya untuk menyuntik semangat dan menyusun strategi bagaimana untuk merealisasikan impian mereka.

Pagi Jumaat penuh dengan sesi yang sangat memberangsangkan yang saya kendalikan untuk mereka semua.  Selepas Jumaat pula sesi mereka bersama GAM Arma dan saya untuk membentuk kumpulan yang mana kami akan berikan cabaran selama 3 bulan bermula Januari -  Mac 2015 untuk capai.  Bagaimanapun,  mereka semua sangat positif dan bersemangat untuk mengambil cabaran tersebut

Selesai kerja,  kami sama-sama mengambil peluang berehat sambil menikmati udara segar di tepi Sungai Kelantan yang dipenuhi air kerana musim tengkujuh. 

Sesungguhnya dunia saya bersama CWA penuh dengan warna warni dan dikelilingi oleh mereka yang positif saya berjiwa besar. I love my team...


No comments:

Post a Comment