Sunday, April 7, 2019

Pelaburan Lesap



Hari ni saya ke klinik sebab sore throat belum hilang. Dr kata sebab dehydrated dan kurang minum air.

Kat Klinik ni saya sangat-sangat suka sebab Dr dan staff kaunter sangatlah mesra. Macam kawan-kawan...

Bila bercakap kakak yang bekerja dia kaunter, barulah saya tahu yang dia rupanya bekas pekerja Malaysia Airlines Medical Centre. Patutlah mesra semacam. Baru saya dapat recall balik dia dulu masa zaman bersama MAS.

Dia tanya saya kerja apa, saya cakap saya buat pelaburan dengan RHB. Terus dia cerita duit dia lebur disebabkan pelaburan dengan KONGSIMAKAN.

Sejak dari dulu saya memang benci orang yang recommend pelaburan yang tidak berhemah. Sebelum terkena segala bukti ditunjukkan kononnya pelaburan lulus BNM, kerajaan dan sebagainya. Tapi bila terjerat semua lepas tangan..

Kalau nak tahu pelaburan itu bagus dan diluluskan atau tidak, terus saja email ke BNM Telelink. Biarlah dah 2-3 tahun mereka bayar komisen seperti yang dijanjikan sekalipun. Asalkan jangan masa kita join je semuanya kaput.

Sebelum ni pernah beberapa orang bertanya pada saya tentang pelaburan tertentu.. Apabila saya check dengan BNM, pelaburan mereka tak berlesen jadi saya nasihatkan supaya jangan join. Walaupun mereka berkeras mengatakan pelaburan dah beberapa tahun bagi pulangan kat orang lain. Dan semua yang saya check tu selepas setahun dua lingkup. Nasib baik client saya tak terpedaya.

Cuma yang paling saya ralat apabila ada Client saya yang tak dengar nasihat. Minta saya keluarkan semua pelaburan unit trust beliau dengan tergesa-gesa sampai marah-marah sebab tak sabar nak tunggu duit masuk.

Beliau juga keluarkan semua duit EPF untuk melabur dalam Geneva Gold. Kebetulan pula umur beliau baru cecah  55 tahun waktu tu. Sampai sekarang beliau terduduk. Duit simpanan selama kerja dari muda sampai umur 55 tahun semuanya hilang... Memang sedih mengingatkan nasib yang menimpa beliau.

Sama-sama kita ingatkan saudara mara kita supaya jangan terpedaya dengan skim skim sebegini. Beringat sebelum kena.

No comments:

Post a Comment