Sunday, April 7, 2019

Hibah TH 1.25%



Ramai yang mengeluh hibah TH 1.25%. Tapi perlu kita ingat, apabila kita membuat simpanan yang berlandaskan syariah, ianya adalah berdasarkan konsep mudharabah.

Dalam Islam konsep perniagaan mestilah untung sama dirasa, rugi sama ditanggung. Sebelum ini TH  pernah memberikan keuntungan yang lebih tinggi dari FD. Kita harus bersyukur. Kita tak boleh nak untung sentiasa.

Konsep pelaburan yang memberikan keuntungan secara tetap adalah bukan pelaburan yang berasaskan syariah. Contohnya, jaminan keuntungan 1% sebulan atau 12% setahun. Perniagaan dalam Islam tidak boleh ada jaminan kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada urusan perniagaan pada masa hadapan.

Sekiranya keuntungan sudah ditetapkan, kalau syarikat rugi maka ianya menguntungkan sebelah pihak. Begitu juga kalau syarikat untung melambung tinggi, pelabur hanya mendapat jumlah keuntungan setakat yang dijanjikan sahaja.

Kadang-kadang kita ni bila nak beli perlindungan mesti Takaful, nak simpan duit mesti Islamic, nak loan mesti Islamic, nak makan mesti halal. Tapi bila nampak sahaja pelaburan yang memberi jaminan keuntungan kita letak ketepi semua prinsip yang kita pegang.

Mungkin pada masa sekarang TH mengalami detik kesukaran dan sedang melalui penstrukturan syarikat. Jadi, kita kena sama-sama support. Kalau kita tak puas hati, keluarkan sahaja duit dan simpan ditempat yang boleh menjanjikan pulangan yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment