Wednesday, January 24, 2018

GBOP RHB Asset Management di Pulau Pinang

Barisan perunding unit amanah RHB bergambar kenangan bersama pihak pengurusan


Hari ini saya masih lagi berada di Pulau Pinang kerana menghadiri majlis GBOP RHB Asset Management untuk kawasan Pulau Pinang yang telah berlangsung di Sunway Hotel, Seberang Jaya malam tadi.  GBOP itu bermaksud Grand Business Opportunity Presentation atau dengan kata lain taklimat kerjaya.  Kenapa ianya dipanggil Business Opportunity? Ini kerana sebagai seorang perunding unit amanah bersama dengan RHB atau mana-mana syarikat unit amanah, anda sebenarnya memulakan kerjaya sendiri sebagai seorang usahawan atau businessman untuk perniagaan anda sendiri.  RHB Asset Management hanya menyediakan platform untuk membekalkan produk-produk kewangan untuk kita pasarkan.  Sudah tentunya imbuhan yang diberikan adalah sangat-sangat lumayan sebagai balasan kepada usaha kita.

Saya bersama GAM Dato Mahathir BZ
Seperti yang anda ketahui, saya telahpun memulakan kerjaya saya sebagai seorang Perunding Unit Amanah sejak tahun 2011.  Pada tahun 2015 saya telahpun dinaikkan pangkat sebagai Group Agency Manager ataupun Pengurus Agensi Kumpulan.  Pangkat ini merupakan pangkat tertinggi yang membawa saya sebagai ketua di dalam agensi Millionaire Thrivers Group yang saya asaskan.  Akan tetapi disebabkan oleh peluang dan imbuhan yang ditawarkan oleh pihak RHB Asset Management, saya telahpun beralih dan menjadi perunding di bawah syarikat ini. Saya sangat-sangat tertarik dengan imbuhan yang diberikan seperti percutian mewah percuma setiap tahun dengan kadar kelayakan yang lebih rendah dan mudah untuk dicapai serta percutian yang lebih lama dari syarikat lama.  Kalau dahulu percutian ke luar negara cuma 5 hari 4 malam, tetapi dengan RHB Asset Management, percutian kami 7 hari 6 malam tidak termasuk tempoh perjalanan pergi balik dari Malaysia.

Bersama GAM Liza Jab
Bersama Mr Yew, Regional Agency Development Director


Alhamdulillah, sejak menjadi perunding kewangan ini, cita-cita saya untuk melawat negara-negara luar sudah tercapai.  Berikut adalah negara yang saya kunjungi sejak menjadi perunding unit amanah:

2012 - Chiang Mai, Thailand - small trip untuk perunding baru
2013 - San Francisco, USA
2014 - London, UK
2015 - Switzerland kemudian saya teruskan percutian ke Paris, France.
2016 - New York, USA
2017 - Croatia kemudian saya teruskan percutian ke Bosnia Herzegovina, Montenegro, Albania dan Greece.
2018 - Munich, Germany & Salzburg, Austria pada bulan April nanti.  Insyaallah saya akan kunjungi Amsterdam dan Istanbul selepas itu. 

GAM Liza Jab sedang memberikan testimoni kejayaannya

Berbalik kepada GBOP, pada malam GBOP yang selalunya diadakan sekali setiap suku tahunan, peluang pemasaran akan dibentangkan.  Maksudnya di sini, berapa imbuhan dalam bentuk komisen, bonus akan diberitahu serta apakah peraduan peraduan tahunan yang tersedia.  Untuk menjadi perunding unit amanah, kita harus mendaftarkan diri untuk mengambil peperiksaan yang dikelolakan oleh FIMM atau Federation of Investment Managers Malaysia.  FIMM merupakan satu badan yang dilantik oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk memantau industri unit amanah.  Jadi untuk menjadi perunding unit amanah, kita mestilah mempunyai lesen dengan FIMM.  Pada malam GBOP, RHB selalunya memberikan tawaran untuk mendaftar peperiksaan dengan FIMM dengan kadar diskaun!  Malah, bayaran tersebut akan dipulangkan balik kepada anda semua sekiranya anda menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak RHB Asset Management!  Bagus kan.....!

Kimchi!!!


Selalunya perunding-perunding yang telahpun berjaya dalam bidang unit amanah ini akan dipanggil untuk memberikan perkongsian kisah-kisah kejayaan mereka atau menjadi testimoni.  GBOP merupakan satu landasan yang terbaik untuk kita belajar mengenali sesebuah syarikat sebelum kita mengambil peluang untuk mendaftarkan diri sebagai seorang perunding.  Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang RHB Asset Management, bolehlah menghubungi saya di 012-3023433.

No comments:

Post a Comment