Wednesday, January 31, 2018

Bahaya Menggunakan Laptop Di Atas Katil

Penggunaan komputer riba atau laptop memanglah sangat memudahkan.  Kita boleh membuat segala kerja menggunakan komputer di mana-mana sahaja kerana ianya mudah alih.  Tetapi perlu diingatkan, anda tidak digalakkan menggunakan laptop di atas katil kerana ia boleh membahayakan dan menimbulkan keadaan yang kita tidak ingini.

Menggunakan laptop cara begini adalah salah

Kenapa ya?  Kerana apabila kita menggunakan laptop di atas katil atau di atas karpet, permukaannya tidak rata dan ianya boleh menutup lubang-lubang angin di bahagian bawah laptop.  Ini menyebabkan haba tidak dapat dikeluarkan dan komputer anda menjadi panas.  Komputer anda bukan sahaja boleh rosak, malah apabila ianya ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama, ia boleh menyebabkan kebakaran.

Sekiranya anda Google di internet, terdapat banyak kes yang telah berlaku dimana laptop yang dibiarkan terlalu lama di atas katil menyebabkan kebakaran, apatah lagi sekiranya ianya bersambung dengan elektrik yang menyebabkan laptop anda sentiasa terpasang dalam jangka masa yang lama.

Anda boleh klik di sini untuk cerita mengenai laptop yang terbakar setelah diletakkan di atas katil.  Jadi bagaimanakah caranya untuk kita menggunakan laptop di atas katil?  Jangan risau, anda masih lagi boleh menggunakannya tetapi pilihlah cara yang lebih selamat.

Gunakan laptop stand yang direka khas untuk digunakan di atas katil.  Kebelakangan ini banyak sekali rekaan laptop stand yang canggih.  Anda boleh membeli laptop stand seperti di dalam gambar di bawah ini di Ikea.

Laptop stand dari Ikea

Apa yang saya suka mengenai desktop stand ini, ianya bukan sahaja portable, malah anda boleh melipatkan kakinya dan meletakkannya secara flat sekiranya anda ingin menggunakan laptop sambil meniarap di atas katil atau karpet.  



Di bawah ini saya sertakan beberapa rekabentuk laptop stand yang sangat-sangat memudahkan. Ingat, jangan biarkan laptop anda di atas katil terlalu lama... 









No comments:

Post a Comment