Monday, May 4, 2020

TIPS | Mencuci Pakaian Berwarna Putih





Baju warna putih ni sangat sensitif kalau kita nak jaga. Cepat kotor dan kalau tak pandai jaga boleh jadi kuning, kelabu dan kusam.

Apa yang saya buat selalunya saya akan asingkan pakaian saya yang berwarna putih dengan pakaian lain yang berwarna warni.

Apabila kita cuci pakaian yang bewarna putih bercampur dengan pakaian yang berwarna, kalau ada pakaian yang warna nya turun, warna tersebut akan pergi ke pakaian putih.

Kesan benang-benang halus di pakaian yang berwarna pula boleh perlahan-lahan melekat dalam liang-liang fabrik yang berwarna putih dan menyebabkan ianya menjadi kelabu.

Kalau kita letakkan peluntur pula, pakaian berwarna akan rosak. Jadi jalan terbaik adalah dengan mengasingkan pakaian berwarna putih dengan pakaian lain.

Saya meletakkan pakaian kotor yang berwarna putih dan yang berwarna warni dalam bakul yang berlainan. Saya gunakan bakul yang jenis bertingkat begini untuk memudahkan pengasingan pakaian. Jadi kita nampak pakaian sudah banyak atau sedikit mengikut kategori.

Untuk mencuci pakaian berwarna putih selalunya saya buat sebelum tidur. Set kan mesin basuh dengan fungsi rendaman sekurang kurangnya 3 jam. Jadi bila kita bangun pagi, just nice.. Pakaian dah boleh dijemur atau boleh dimasukkan dalam dryer. Anda boleh masukkan peluntur dalam air basuhan ya sebab ianya tidak bercampur tetapi jangan tuangkan terus di atas pakaian kerana ianya akan menyebabkan pakaian menjadi reput atau berlubang. Kesan peluntur ni memang kuat. Biarkan air terisi penuh dalam mesin basuh baru tuangkannya. Atau tuangkan dalam inlet peluntur yang ada pada mesin basuh.

Jangan masukkan pakaian berwarna putih dengan pakaian bewarna walaupun dalam dryer. Sebab apabila kita cuci, debu debu halus dari benang fabrik berwarna akan melekat pada pakaian putih dan menyebabkan warnanya menjadi kusam.

Sebab itulah saya boleh jadi incredible hulk sekiranya ada yang curi-curi memasukkan pakaian berwarna putih saya untuk dicuci bersama pakaian lain. Sebab dari rak kain kotor saya nampak pakaian warna putih saya berapa helai. Jadi tak logik kalau masuk mesin basuh sekadar sehelai atau dua helai sahaja. 😊☺️

No comments:

Post a Comment