Sunday, August 12, 2018

Petua Memulihkan Biskut Lemau

Perkara yang paling tak syok apabila kita buka tin biskut ialah apabila biskut telah menjadi lemau.  Memang potong stim kan. Selalunya kita akan buang terus biskut tu.  Terdapat beberapa petua menyimpan biskut agar tahan lama dan tidak menjadi lemau. Tetapi bagaimana pula kalau biskut tersebut telah lemau...?



Sebenarnya apa yang menyebabkan biskut menjadi lemau? Puncanya adalah kerana lembapan. Kalau kita berada di luar negara yang berudara kering, semalaman kita biarkan bekas biskut terbuka pun tak ada masalah. Tetapi cuaca di Malaysia ni panas lembab.

Salah satu caranya adalah dengan meletakkan silica gel yang boleh didapati di kedai Daiso. Cara yang paling mudah dan cepat  adalah dengan meletakkan biskut tersebut di dalam ketuhar pembakar. Biarkan selama 20 minit dengan mode haba dan kipas bahagian atas dan bawah.




Apabila biskut menjadi kering, ianya akan menjadi rangup semula. Malah bau yang sedikit hapak akibat lembapan pun hilang. Biskut anda akan menjadi kembali segar dan seperti baru keluar dari ketuhar. 

No comments:

Post a Comment