Monday, December 26, 2011

Bahasaku oh Bahasaku

Bila kita berkunjung ke sesebuah negara, kita selalunya kagum dengan budaya dan bahasa yang ditonjolkan. Bahasa rasmi negara selalunya terpahat bukan sahaja di papan iklan 'billboard' malah juga di papan-papan tanda. Sebut saja di Thailand, Negara-negara Arab, Indonesia, Hong Kong, China, Eropah dan negara-negara lain yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, papan-papan tanda di negara mereka meletakkan bahasa rasmi negara sebagai bahasa utama atau bahasa primer. Sekiranya Bahasa Inggeris digunakan, ianya hanya dipaparkan sebagai bahasa kedua.

Amat menyedihkan, lain yang berlaku di Malaysia. Sesetengah pihak terlalu obses dengan penggunaan Bahasa Inggeris dan meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa sekunder di iklan-iklan mahupun papan tanda mereka. Lebih menyedihkan, kadang-kadang cuma diletakkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Sepatutnya isu sebegini tidak wajar wujud. Orang-orang Cina di Malaysia memang boleh berbahasa Malaysia. Pembelajaran Bahasa Malaysia telah diterapkan semenjak dari bangku sekolah rendah lagi. Malah sekolah jenis kebangsaan pun diwajibkan mengambil Bahasa Malaysia dan lulus dengan kredit untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia.

Inilah semangat 1Malaysia yang kerajaan cuba wujudkan sekian lama. Bila wujudnya pandangan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kelas kedua, hak bahasa kita dianaktirikan. Sedangkan rata-rata pelanggan mereka adalah rakyat tempatan. Peratusan rakyat asing yang berkunjung ternyata amat sedikit. Sekiranya ada, mereka harus belajar berada di negara Malaysia sebagaimana kita cuba belajar hidup di negara orang. Lagipun rakyat Malaysia rata-rata boleh berbahasa Inggeris jadi tanya sajalah orang-orang Malaysia yang berbudi bahasa dan menghormati tetamu.. Malu bertanya sesat jalan...

Bahasa Jiwa Bangsa...


Tulisan Bahasa Malaysia Yang Jauh Lebih Kecil Berbanding Bahasa Lain

Tulisan Bahasa Malaysia Yang Jauh Lebih Kecil Berbanding Bahasa Lain

Di Manakah Bahasa Malaysia Di Sini??

No comments:

Post a Comment